Orang ramai beratur panjang untuk membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kaunter pembayaran saman di KLCC sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ditutup mulai petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penutupan itu bagi mengelakkan kesesakan orang ramai, tiada penjarakan fizikal dan keadaan yang sukar dikawal yang mana akan memberikan risiko kepada berlaku penularan jangkitan Covid -19.

Orang ramai dinasihatkan untuk membayar saman di mana-mana Kaunter Trafik seluruh Malaysia.

Orang ramai diseru mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal dan seterusnya mengalakkan pembayaran kompaun secara dalam talian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast