KUALA LUMPUR – Tiada pengumuman mengenai kawasan baharu dalam negara yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini.
Selain itu, tiada juga lanjutan baharu PKPD, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.
Cuma ada penamatan PKPD di Pahang.
PKPD di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Mukim Gali di Raub ditamatkan esok, 11 Disember 2021 seperti dijadualkan.
PKPD telah dilaksanakan di PUSPEN pada 28 November yang lalu.
Penamatan PKPD dilaksanakan oleh MKN setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa Covid-19 di PUSPEN.- MalaysiaGazette