Jazlan (tengah) beramah mesra dengan penerima PPR Taman Perling di sini di majlis

JOHOR BAHRU – Selepas tiga kali gagal dalam permohonan untuk ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR), akhirnya hasrat ibu tunggal Nurliza Rahmat tercapai jua.

Beliau merupakan antara 98 keluarga di perkampungan setinggan di Kampung Sungai Pinang, Perling Mukim Pulai di sini yang bakal ditempatkan di Perling tidak lama lagi.

Ketika ditemui, wanita berusia 33 tahun ini  melahirkan rasa gembira serta kesyukuran yang tidak terhingga.
Nurliza Rahmat

Suri rumah sepenuh masa itu memberitahu, pemindahan ke rumah baharu sudah pasti memberi keselesaan buat dia bersama anak tunggalnya serta bapanya yang berusia 64 tahun dan kini terlantar akibat strok.

“Ya Allah terima kasih sangat-sangat kepada yang memberi, sudah lama saya tunggu. Memang saya gembira sebab dapat berteduh ditempat lebih selesa dan bersih, lebih-lebih lagi bapa saya OKU. Mesti dia paling gembira.
Jazlan (tengah) beramah mesra dengan penerima PPR Taman Perling di majlis penyerahan surat tawaran PPR Perling kepada Kampung Sungai Pinang, di Taman Perling di sini.

“Hanya adik lelaki yang menampung keluarga dengan bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran makanan segera. Dia pula orang kurang upaya (OKU),” katanya kepada pemberita i majlis penyerahan surat tawaran PPR Perling kepada Kampung Sungai Pinang, Perling hari ini.

Surat tawaran disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Nurliza sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas tawaran PPR, yang bakal membantunya dan keluarga mendapat kediaman yang lebih baik setelah 33 tahun tinggal di kampung setinggan di situ.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata, dengan pemindahan 98 keluarga tersebut ke kawasan PPR bukan sahaja menyelesaikan masalah  kawasan setinggan di kawasan itu malah membantu keluarga berkenaan mendapat rumah yang lebih baik.

Buat masa ini, kesemua mereka yang menetap di kampung berkenaan tinggal di atas tanah milik syarikat Tanjung Bidara Ventures Sdn Bhd.

Syarikat tersebut juga bersetuju memberi wang ihsan RM3,000, yang mana separuh untuk bayaran deposit dan utiliti manakala separuh lagi kos perpindahan ke PPR buat setiap keluarga.

“Projek ini timbul dari kerajaan BN sebelum 2018 dahulu dan hari ini dengan ihsan kerajaan kita meneruskan projek memberikan rumah yang selesa kepada penduduk setinggan supaya mereka merasakan perumahan lebih selesa terutama di Johor Bahru ini rumah lebih mahal bilik sewa pun mahal.

“Mereka ini juga diberi bantuan utiliti dari kerajaan negeri dan juga pemaju syarikat milik kerajaan memberi wang perpindahan RM1,500.

“Kerajaan memberi pengecualian sewa sebulan RM250 supaya dikecuali selama setahun dengan jumlah RM3,000. Secara total bantuan sebanyak RM6,000,”k atanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast