KUALA LUMPUR – Berita baik untuk mereka yang masih tidak berkesempatan melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jabatan itu hari ini mengumumkan tempoh pemberian diskaun 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan sehingga 15 Disember.
“Pembayaran tanpa tunai (cashless) adalah sangat digalakkan di semua kaunter JPJ negeri serta cawangan dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC).
“Namun masih tertakluk kepada arahan Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri serta terma dan syarat,” umum JPJ menerusi poster ringkas perlanjutan tempoh pengurangan kadar kompaun hari ini.
Penawaran kadar kompaun 80 peratus diberikan bermula 9 hingga 12 Disember ini bersempena Pameran 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). – MalaysiaGazette