pasukan Hyperrich yang menjadi juara kejohanan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) .

KUALA LUMPUR – “Apabila diberitahu untuk sertai kejohanan ini perlu tutup aurat, kami tiada masalah.

“Kami juga faham peserta muslim perlu berhenti untuk tunaikan solat, ini juga kesempatan untuk yang lain berehat, ia baik untuk semua,” kata Naavin Krishnan.

Naavin merupakan kapten pasukan Hyperrich yang menjadi juara kejohanan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.

Menariknya, Hyperrich merupakan pasukan bukan muslim dari Petaling Jaya yang menyertai kejohanan itu.

Naavin Krishnan.

Mereka menewaskan Junior FT dari Gombak, 4-3 di perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.

Dalam pada itu, Naavin berkata, syarat syarat pertandingan dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu sebenarnya mempromosi keharmonian antara kaum di negara ini apabila ia menyelitkan unsur bertolak ansur antara satu sama lain.

“Kami sebenarnya rancang untuk hantar pasukan veteran juga, namun atas beberapa sebab mereka tak dapat sertai pada saat akhir,” jelasnya dipetik dari kenyataan YADIM hari ini.

Kejohanan futsal pertama kali seumpamanya ini disertai 23 pasukan dari seluruh negara termasuk agensi kerajaan, institusi tahfiz dan sebagainya.

Selain futsal, turut dianjurkan ialah acara memanah dan bowling sebelum ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast