Ahmad Faizal Azumu

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan Tahun 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 Negeri Perak hari ini menitipkan dua rangkap pantun kepada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Dua rangkap pantun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu mendoakan agar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad terus diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menerajui kerajaan negeri itu.

Beliau yang kini Menteri Belia dan Sukan turut mendoakan agar Perak terus aman dan Sentosa serta dilimpahi rahmat dan rezeki buat rakyat seluruh negeri itu.

Pohon beringin daunnya lebat
Tempat asyik untuk berkhemah
Selamat berbahagia wahai sahabat
Moga Sakinah mawaddah warahmah

Menulus surat mengguna tinta
Hendak dikirim ke tanah Jawa
Mogae rat jalinann cinta
Di antara kalian bertiga

Sementara itu pada perbahasan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, Ahmad Faizal turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus -umus menjayakan sidang Dewan Negeri (DUN) kali dengan keadaan yang teratur dan selamat.

“Tidak lupa juga kepada semua barisan penjawat awam di Perak atas khidmat bakti sepanjang tempoh yang sukar buat kita semua,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Pada 5 Disember tahun lalu, Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak selepas hilang majoriti sokongan ADUN.

Empat hari kemudian, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast