ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud pada sidang media selepas selesa Sidang Undangan Dewan Negeri di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, Perak. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 DISEMBER 2021.

IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan RM34.7 juta bagi memastikan pengukuhan modal insan lebih inklusif dapat dipacu untuk tahun depan melalui modal insan dan pembangunan sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan dengan berhemah dan  berusaha memberikan impak bagi memastikan pembangunan tuntas kepada rakyat.

“Berteraskan pendekatan yang saya namakan sebagai 3S iaitu S yang pertama ‘seimbang’, S kedua adalah Suaimanfaat dan S yang ketiga iaitu Syumul berdasarkan belanjawan yang telah diberikan.

“Saya akan mendasarkan pendekatan 3S untuk diterjemahkan berdasarkan aspirasi kerajaan negeri dibawah tema Perak Berdaya Saing, Mampan dan Inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet Perak 2020 pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Ahmad Saidi turut memberi jaminan akan meneruskan meneruskan siri jelajah melalui 59 pusat khidmat, sama ada kerajaan atau pembangkang bagi menyampaikan hasrat, sumbangan dan inisiatif kerajaan negeri di bawah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia Negeri Perak (HESTECH).

Jelas beliau, ia melibatkan  program-program HESTECH yang terus kepada wakil rakyat kepada rakyat, tanpa mengira perbedaan agama, etnik mahu pun bangsa.

“Selain itu, usaha dan perancangan program di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) akan terus ditambah baik serta dipergiatkan pada tahun 2022 seiring dengan moto JPN Perak iaitu We Deliver.

“Ia bagi mengembalikan kegemilangan Perak sebagai hab pendidikan utama melahirkan modal insan yang unggul dan kalis masa,” katanya. – MalaysiaGazette