Trend baharu pengedaran ganja apabila benih diimport dan ditanam serta dijaga guna teknologi canggih sebelum bunga ganja bernilai tinggi di pasaran dijual oleh sindiket ganja di sekitar lembah klang ditumpaskan polis.Gambar Ihsan IPK KL.

KUALA LUMPUR – Satu Sindiket dadah yang mengimport benih ganja dari luar negara dan menanam menggunakan teknologi canggih di sini untuk edar dan dipasarkan tumpas di tangan polis.

Sindiket dadah berkenaan didalangi empat suspek tempatan yang bergiat aktif  sejak tiga bulan yang lalu di kawasan Lembah Klang.

 

Trend baharu pengedaran ganja apabila benih diimport dan ditanam serta dijaga guna teknologi canggih sebelum bunga ganja bernilai tinggi di pasaran dijual oleh sindiket ganja didalangi empat suspek tempatan di sekitar lembah klang ditumpaskan polis.Gambar Ihsan IPK KL.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata,  Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah menjalankan risikan ke atas satu sindiket dadah yang bergiat aktif sejak September lalu di kawasan Lembah Klang.

Menurutnya, pada 14 Disember lalu, jam lebih kurang 10 pagi, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, serbuan dilancarkan  berjaya menangkap tiga lelaki tempatan di kawasan Brickfields manakala seorang lagi lelaki tempatan di Shah Alam, Selangor, berusia dalam lingkungan 22 hingga 36 tahun.

“Pasukan polis telah melakukan serbuan pertama di tempat letak kereta residensi mewah di Pantai Dalam sebelum berjaya menahan suspek pertama dan berpandukan arah suspek berkenaan telah melakukan serbuan kedua di sebuah unit rumah residensi sama.

Trend baharu pengedaran ganja apabila benih diimport dan ditanam serta dijaga guna teknologi canggih sebelum bunga ganja bernilai tinggi di pasaran dijual oleh sindiket ganja di sekitar lembah klang ditumpaskan polis.Gambar Ihsan IPK KL.

“Hasilnya kita telah berjaya menahan suspek kedua di dalam rumah tersebut dan merampas barang seperti sebuah balang kaca yang mengandungi Bud Ganja (bunga) seberat 1.556 kilogram bernilai RM155,600, plastik hitam berisi daun-daun kering disyaki ganja seberat 720 gram berharga RM 36,000 dan lapan batang pokok ganja di dalam Poly Canvas,” katanya dalam kenyataan kejayaan hari ini.

Tambah beliau, hasil soal siasat yang telah dijalankan suspek di serbuan kedua itu telah berjaya membawa kepada menahan suspek ketiga dalam serbuan yang dilaksanakan di sebuah rumah di Shah Alam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di rumah suspek ketiga berjaya membawa kepada rampasan balang kaca yang mengandungi Bud Ganja (bunga) seberat 2.995 kilogram berharga RM299,500 empat peket plastik lutsinar mengandungi Bud Ganja (bunga) seberat 4.20 gram bernilai RM420, tiga peket plastik lutsinar berisi tujuh biji benih pokok ganja seberat 0.67 gram.

Trend baharu pengedaran ganja apabila benih diimport dan ditanam serta dijaga guna teknologi canggih sebelum bunga ganja bernilai tinggi di pasaran dijual oleh sindiket ganja di sekitar lembah klang ditumpaskan polis.Gambar Ihsan IPK KL.

“Pihak polis telah membuat serbuan di sebuah pasar raya Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur sebelum berjaya menahan suspek keempat yang disyaki terlibat dalam sindiket dadah.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah ganja (Bud – (Bunga) seberat 4.555 kg berjumlah RM455,520.00, daun-daun kering seberat 720 gram bernilai RM 36,000, tujuh biji benih ganja 0.67 gram dan lapan batang pokok ganja.

“Kita turut merampas sebuah buah kenderaan jenis Mercedes Benz C180 Sport (RM70,000) dan sebuah buah motosikal jenis KTM 390 DUKE (RM 25,000) yang keseluruhan sitaan berjumlah RM95,000.00 disyaki milik suspek digunakan sebagai pengangkutan untuk pengedaran dadah,” ujar beliau.

Hasil ujian saringan awal polis juga menyaksikan tiga suspek didapati positif dadah THC dan dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Sahar berkata,  kesemua suspek direman tujuh hari bermula pada 15 hingga 21 Disember ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Trend baharu pengedaran ganja apabila benih diimport dan ditanam serta dijaga guna teknologi canggih sebelum bunga ganja bernilai tinggi di pasaran dijual oleh sindiket ganja di sekitar lembah klang ditumpaskan polis.Gambar Ihsan IPK KL.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati setiap satu gram biji benih bernilai RM100 manakala 100 gram bernilai RM1,000 dan dijual satu auns atau 28 gram dengan harga RM2,800 kepada pelanggan tertentu sahaja.

“Malah residensi mewah yang dijadikan port menyimpan bekalan terlarang itu adalah disewa sindiket dengan kadar RM4,500 sebulan.

“Biji benih ganja berkenaan diimport dari luar negara ke dalam negara ini dan menggunakan teknologi canggih untuk proses tanaman dan penjagaan pokok ganja dan menjual bunga ganja dalam bentuk timbangan satu auns (28 gram) sahaja dengan harga RM 2,800 dan hanya dijual kepada pelangan tertentu sahaja,” tambahnya.

Menurut beliau, PDRM memandang berat trend ini dan akan memberi perhatian serius dalam membanteras aktiviti seumpama ini.- MalaysiaGazette