OSAKA – Sekurang-kurangnya 27 orang dikhuatiri maut selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan di pusat bandar Osaka, Jepun.
OSPolis sedang menyiasat sama ada kebakaran itu berlaku dengan sengaja, kata penyiar awam NHK.
Siasatan itu menyusul selepas ada laporan yang menyatakan seorang lelaki menumpahkan cecair yang menyebabkan kebakaran.
Rakaman menunjukkan tingkap hitam selepas berpuluh-puluh anggota bomba memadamkan kebakaran di tingkat empat.
Kesemua mereka yang dikhuatiri maut dilaporkan berada di sebuah klinik psikiatri di tingkat empat bangunan itu, terletak di daerah komersial dan hiburan yang sibuk.
Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an atau 60-an dilihat membawa beg cecair ke dalam bangunan, sebelum mengetuknya berhampiran tempat pemanas, menumpahkan cecair dan memulakan kebakaran, lapor Kyodo News.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal, lapor NHK.
Perkhidmatan kecemasan mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada jam10 pagi waktu tempatan (01:00 GMT) pada hari Jumaat.
“Asap tebal dan baunya kuat,” kata seorang saksi mata kepada NHK.
Seorang lagi saksi berkata, dia melihat seorang wanita di dalam bangunan itu meminta bantuan.
“Apabila saya melihat ke luar, saya nampak api oren di tingkap tingkat empat. Seorang wanita melambaikan tangannya meminta pertolongan dari tingkat enam,” katanya kepada Kyodo News.
Beberapa orang telah dipindahkan dari bangunan oleh anggota bomba menggunakan tangga.
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa setengah jam, selepas ia terbakar di kawasan seluas kira-kira 20 meter persegi (215 kaki persegi), kata jabatan bomba tempatan.
Tiada kerosakan telah dilaporkan pada tingkat lain di dalam bangunan tersebut. – BBC