KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,733,768 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 2,832,684 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,809,201 individu atau 97.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,116,934 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,728,484 dos dengan 4,430,656 daripadanya adalah dos penggalak. – MalaysiaGazette