SHAH ALAM – Talian hotline yang disediakan oleh pihak berkuasa bagi mangsa-mangsa banjir sesak dan sukar dihubungi ketika ini menyebabkan mereka yang terkesan berada dalam keadaan resah kerana gagal mendapat bantuan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik sejak jam 7 malam di beberapa daerah di Selangor termasuk Taman Seri Muda, Shah Alam.

Penduduk juga kelaparan kerana tidak makanan sejak petang tadi apabila air mula naik lebih daripada paras pinggang dan seorang penduduk merayu supaya bantuan makanan disalurkan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir.

Ada antara mereka menggunakan alternatif media sosial bagi menceritakan kesusahan yang dihadapi, antaranya pengguna bernama Roseanne Sein.

“Dah call emergency dan macam-macam tapi tidak dapat go thru, sekarang tidak ada elektrik. Air paras pinggang. Can someone hantar bantuan untuk keluar cos ayah saya stroke. Lokasi Taman Seri Muda Shah Alam. Semoga Allah Rahmati mereka,” tulisnya.

Seorang lagi penduduk yang bercakap dengan MalaysiaGazette berkata, ibu dan ayahnya yang sudah berusia dan juga pesakit strok sedang menunggu bantuan tiba memandangkan air sudah naik paras pinggang.

“Tolonglah, kami sedang tunggu. Lokasi kami di nombor 3, Jalan Maju 25/94 Taman Sri Muda. Kami sudah call nombor hotline, minta bantuan kawan-kawan namun kawasan ini hanya boleh masuk melalui sampan atau bot. Tolonglah kami,” rayunya.

MalaysiaGazette difahamkan ramai yang sedang terperangkap dan terpaksa berlindung di tingkat atas rumah sehingga bantuan tiba, ada yang sudah tidak dapat dihubungi berkemungkinan kehabisan bateri telefon.

Rata-rata mereka yang mengenali penduduk yang terjejas menggunakan laman sosial media untuk menyatakan keprluan bantuan segera daripada pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Please send boat to save all resident out, the water level is getting very hight.
    All resident at Jalan Pekerti. Taman Mutiara Kemuning is facing dangerous.

  2. Hi, I’m looking for a friend and his mum whom we have lost contact since last Saturday – 18/12/2021.
    He stays at Andora Apartmen, Taman Sri Muda.
    Rajendren a/l Suppaiah
    Sivabayiyam a/p Chinnaiyh

    We pray for their safety.

Comments are closed.