Amirudin Shari

SHAH ALAM – Sehingga pukul 1 tengah hari ini, seramai 14,716 mangsa banjir ditempatkan di 103 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika memaklumkan perkata itu berkata, daerah Klang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan sementara ke PPS.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri menerusi pasukan keselamatan dan badan sukarelawan masih berusaha mencari serta menyelamat mangsa banjir di kawasan terlibat.

Sementara itu, kerajaan negeri menambah talian saluran laporan kecemasan akibat banjir bagi memudahkan maklumat mengenai bencana itu dilaporkan.

Orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan atau keperluan bantuan segera akibat banjir di Selangor, Pusat Operasi C51 Smart Selangor 03-5650 0501 / 0502 / 0503 / 0504 / 0505 / 0506 / 0507. – MalaysiaGazette