Banjir
Kredit FB Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak dalam membantu operasi banjir khususnya di kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi hantaran Facebooknya, berkata atur gerak aset dan anggota ATM itu kini melibatkan bantuan mangsa banjir di Selangor khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.

“Anggota serta aset daripada 11 Briged serta 12 Briged telah berada di lapangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di situ.

ATM dalam masa sama bersiap-siaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan lain yang berpotensi terjejas teruk,” katanya.

Hishammuddin dalam pada itu mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga menerusi hantaran itu.

“Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga prosedur operasi standard semasa berada di Pusat Pemindahan Sementara.

Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih,” menurutnya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast