KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanan polis peringkat Bukit Aman dan negeri.
Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid berkata, lima pegawai kanan polis terlibat dalam pertukaran kali ini.
Mendahului senarai pertukaran itu adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Mazli Mazlan.
Mazli bertukar bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) di jabatan yang sama.
Manakala emat lagi pegawai kanan berpangkat Senior Asisten Komisioner turut terlibat dalam pertukaran jabatan peringkat Bukit Aman dan juga negeri.
Salah seorang daripadanya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang telah menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor kini dilantik sebagai Juruiring Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Manakala Senior Asisten Komisioner (Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Soaihami Rahim ditukarkan jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan di jabatan yang sama.
Selain itu, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya di Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berpindah ke Terengganu sebagai Timbalan Ketua Polis di negeri Pantai Timur itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak. Senior Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh pula kembali semula ke Semenanjung Malaysia sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Beliau merupakan bekas Ketua Polis Daerah Klang Utara sebelum ditukarkan ke Sarawak awal pada pertengahan tahun ini. – MalaysiaGazette