KUALA LUMPUR – Bekas timbalan menteri, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang dijangkiti Covid-19 mungkin akan ditidurkan esok.
Adiknya, Khir Johari bagaimanapun berkata, keputusan terakhir bergantung kepada doktor.
“Walau apa pun saya bagi pihak family memohon supaya mendoakan dan jika boleh buat solat hajat untuk abang saya selamat dan seterusnya sihat kembali,” katanya dalam media sosialnya malam ini.
Sebelum itu, Ab Aziz disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat, Johor kerana tekanan oksigennya rendah pada 16 Disember lalu.- MalaysiaGazette