Lensa Malaysia Gazette merakam gelagat seorang kanak-kanak bermain seorang diri di kawasan banjir di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima institusi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) kini sedang mengaktifkan operasi bantuan kepada mangsa di kawasan-kawasan terjejas.

Institusi-institusi tersebut ialah Yayasan Ikram Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (Ikram Health).

Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) telah melancarkan Tabung Cakna Banjir. Orang ramai boleh menyumbang melalui pautan https://www.billplz.com/caknabanjir atau akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank Islamic 562142404402) dengan rujukan ‘CaknaBanjir’.

Dalam pada itu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan Kempen Bencana Banjir dengan sumbangan boleh dibuat melalui https://mycare.qrd.by/bencana atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602135592) dengan rujukan: Banjir / Bencana.

Hidayah Centre Foundation (HCF) turut mengambil inisiatif melalui Tabung Kecemasan Bencana Alam yang mana sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://bit.ly/TBencana atau akaun The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered melalui Maybank (562209624421), Bank Islam (12113010049433) dan Bank Rakyat (110461000356) dengan rujukan ‘Tabung Bencana’.

Ikram Health pula melancarkan tabung kecemasan untuk sumbangan pembelian ubat-ubatan dan keperluan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/danabanjirIH atau akaun Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (CIMB 8604921680) dengan rujukan ‘danabanjirIH’.

Badan mahasiswa, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni) juga melancarkan Sumbangan #DAruratBanjir melalui pautan
https://www.billplz.com/DaruratBanjirHarmoni dengan sasaran kutipan sumbangan RM10,000.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), sehingga kini seramai 41,552 orang mangsa banjir dipindahkan ke 408 buah pusat pemindahan melibatkan lapan negeri.

Tiga negeri yang mempunyai mangsa banjir paling tinggi ialah Selangor iaitu 18,268 orang, Pahang 17,011 dan Kelantan ,956. Negeri-negeri lain yang terlibat ialah Kuala Lumpur (522), Melaka (710), Negeri Sembilan (355), Perak (427) dan Terengganu (303).

Di Selangor, daerah Klang mempunyai mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 10,670 orang diikuti dengan daerah Petaling (3,872) dan Kuala Langat (1,988).

Di Pahang, daerah Kuantan mempunyai paling ramai mangsa banjir iaitu 6,631 orang diikuti Temerloh (2,674) dan Raub (2,393). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast