NAYPYIDAW – Sekurang-kurangnya seorang maut dan 70 hilang selepas tanah runtuh berlaku di tapak perlombongan jed di utara Myanmar.
Operasi menyelamat sedang dijalankan, dengan kebanyakan mangsa dipercayai pelombong jed haram.
Tanah runtuh berlaku di kawasan Hpakant di negeri Kachin pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan hari Rabu.
Myanmar adalah sumber jed terbesar di dunia tetapi lombongnya mengalami banyak kemalangan sejak bertahun-tahun.
Tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada limpahan buangan yang dibuang dari lori ke dalam lombong terbuka.
Puing-puing itu mewujudkan cerun besar yang boleh berbahaya di kawasan yang ditumbuhi pokok, memaksa mereka yang mengais serpihan batu separa berharga itu bekerja dalam keadaan berbahaya.
Perlombongan jed diharamkan di Hpakant, tetapi penduduk tempatan sering melanggar peraturan, didorong oleh kekurangan pekerjaan dan keadaan miskin yang bertambah buruk daripada wabak Covid-19.
Limpahan tanah itu mewujudkan cerun besar yang berbahaya di kawasan yang ditumbuhi pokok, memaksa pengeluarkan serpihan batu separa berharga itu dalam keadaan berbahaya.
Perlombongan jed diharamkan di Hpakant, tetapi penduduk tempatan sering melanggar peraturan, didorong oleh kekurangan pekerjaan dan keadaan miskin yang bertambah buruk akibat wabak Covid-19.
Beberapa hari lalu, sekurang-kurangnya 10 pelombong tidak mahir hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di blok jed di Hpakant. – BBC