Ismail Sabri Yaakob

BENTONG – Kerajaan akan menyumbang RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan senarai nama mereka yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera.

“Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kita akan beri sumbangan…kita akan salurkan melalui pejabat daerah dan mereka akan salurkan kepada waris mangsa.

“Difahamkan juga kerajaan negeri Pahang juga akan menyalur RM5,000 kepada waris mangsa yang terkorban,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari ini.

Bagi membantu negeri yang teruk terjejas banjir, Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Pahang dan Selangor.  – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast