NEW DELHI – Sebuah pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di negeri Rajasthan, India, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik media tempatan.
Pesawat itu terhempas pada Jumaat ketika menjalani latihan dan setakat ini nasib juruterbangnya belum dapat dipastikan.
“Petang ini, kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan), sebuah pesawat MiG-21 IAF kemalangan ketika menjalani latihan. Masih menunggu butiran lanjut,” menurut kenyataan IAF.
Laporan media tempatan , memetik polis, pesawat itu terhempas di kawasan Taman Negara Gurun di daerah Jaisalme, Rajasthan.
Menurut IAF, siasatan sedang dijalankan dan lokasi sebenar nahas juga belum didedahkan.
Pada 8 Dis , sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan Coonoor di daerah Nilgiris, Chennai, mengorbankan Ketua Turus Tentera India Jeneral Bipin Rawat.- BERNAMA