R. Vidyananthan

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan dua kes COVID-19 varian Omicron terawal melibatkan pasangan suami isteri yang baru tiba dari Arab Saudi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata,  dua kes Omicron yang dilaporkan semalam itu membabitkan sepasang suami isteri yang telah pergi menunaikan umrah pada 4 Dis lalu dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember.

“Ujian Saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Dis dikesan positif pada 18 Dis lepas. Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom, dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah dan kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga telah dikenal pasti dan telah diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast