Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi domestik.

Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Johor Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama memaklumkan, PH Johor sebulat suara memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat, berbanding hal politik dan soal perebutan kuasa.

Menurut mereka, segala usaha, tenaga, komitmen dan dana harus disalur untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, walaupun kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berada pada angka 28 hingga 27 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember.

Semalam, Hasni dilapor berkata, kerajaan negeri akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN, kerana mempunyai kelebihan hanya satu kerusi DUN.

Kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi iaitu BN 16 kerusi; Bersatu (11); dan PAS (satu); manakala PH pula 27 kerusi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast