Foto: APMM Selangor

SHAH ALAM – Mayat seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di perairan Sekinchan, dekat sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, Pusat Operasi Maritim Selangor menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada Stesen Maritim Udara Subang (SUMS) pada kira-kira 9.55 pagi tadi.

“Bot Perkasa 36 yang sedang dalam operasi telah diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan mengambil mayat.

“Lebih kurang 1.15 tengah hari, bot tersebut telah menemukan mayat itu yang lengkap berpakaian berwarna gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosli berkata, mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Nelayan Sekinchan untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi APMM Selangor di talian 03-21760627.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan digegaskan membantu mengangkat mayat tersebut dari bot dan diserahkan kepada pihak polis. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast