The landslide at the male students dormitory at the International Islamic University Malaysia (IIUM) in Gombak.
The landslide at the male students dormitory at the International Islamic University Malaysia (IIUM) in Gombak. Keadaan kwasan tanah runtuh di asrama lelaki UIAM.

KUALA LUMPUR – Seramai 128 penghuni asrama lelaki Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak agar mengosongkan kediaman tersebut selepas kejadian tanah runtuh semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pengosongan itu perlu dilakukan segera hasil tinjauan dan pemantauan yang dilakukan.

“Biarpun tiada kesan rekahan baharu pada dinding atau lantai, namun demi keselamatan, kesemua mereka harus dikeluarkan segera.

“Ia tidak selamat diduduki dan diarahkan kosong sehingga laporan struktur tanah dan pengukuhan tanah selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan mendapan tanah yang dilakukan oleh JBPM dan Ikram di asrama lelaki UIAM Gombak hari ini.

Beliau berkata, kajian lanjut akan dibuat oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Terdahulu, tinjauan mendapan tanah ini dibuat bersama-sama pihak UIA dan juga Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut sejak semalam. -MalaysiaGazette