Garry Hoo

KUALA LUMPUR – AIA General Berhad, sebuah anak syarikat AIA Bhd., mengumumkan pelantikan Gary Hoo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya
berkuatkuasa 15 Disember 2021.

Gary menggantikan Eric Chang yang memegang jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Platform Digital di AIA Group.

Gary bertanggungjawab mengukuhkan lagi kedudukan syarikat tersebut dalam arena insurans am dengan kepimpinan strategik dan menyelia pelaksanaan operasi harian serta memastikan pertumbuhan yang berterusan dan kemampanan syarikat tersebut.

Ini turut merangkumi usaha transformasi digital terbaharu AIA General Berhad yang telah membawa kepada beberapa perjanjian kerjasama dan pengenalan pelbagai penyelesaian insurans digital baharu.

Sebelum pelantikan ini, Gary merupakan Ketua Perniagaan Konvensional dan Aktuari Dilantik, AIA General Berhad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast