Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan depan.

Di Pahang, antara kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Mersing di Johor.

Menurut MetMalaysia, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast