Penduduk setempat di daerah ini yang terjejas akibat banjir minggu lalu bukan sahaja diselubungi kebimbangan, malah trauma sekiranya bencana alam itu berulang kembali.
Rata-rata penduduk yang ditemui MalaysiaGazette berkongsikan perasaan trauma mereka sekiranya berlaku hujan lebat, sehingga ada yang sukar melelapkan mata.