Skim Wilayah Bebas Berniaga telah memberi peluang orang ramai berniaga.

KUALA LUMPUR – Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Dis ini dilanjutkan hingga Jun tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata, keputusan itu dibuat bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar bawah skim tersebut memandangkan negara masih berdepan ancaman Covid-19 dan cabaran ekonomi.

Beliau turut mengingatkan peniaga agar mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan serta tidak berniaga di lokasi yang boleh mengganggu laluan dan ketenteraman awam.

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 November tahun lepas bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast