KUALA LUMPUR – Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di semenanjung Malaysia menunjukkan trend penurunan sehingga jam 4 pagi hari ini.
Bilangan mangsa yang terlibat juga semakin berkurang iaitu 19,476 berbanding semalam 30,790.
Menererusi laporan terkini kejadian banjir yang dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebooknya memperlihatkan kes di Selangor mencatat 6,508 kes berbanding semalam 12,272 manakala Negeri Sembilan hanya 58 kes berbanding semalam 128 kes.
Melaka kekal dengan 26 kes, sama seperti dilapor sebelum ini dan Pahang menunjukkan penurunan sangat baik dengan 12,732 berbanding semalam 17,986 serta Kelantan mencatat 152 kes berbanding semalam 378.
Bilangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ditutup adalah sebanyak 49 menjadikan junmlah PPS yang masih aktif adalah 140. -MalaysiaGazette