Wakil UMNO Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir pada Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 01 JANUARI 2022.

SHAH ALAM – UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman tampil menyampaikan bantuan barangan kepada 100 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Kampung Sungai Kandis, baru-baru ini.

Wakil bahagian itu, Datuk Dr Nasaruddin Othman berkata, menerusi Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022, ia merupakan satu kesamaan atas dasar keprihatinan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, UMNO Bahagian Pasir Salak mempunyai 18 misi bantuan banjir yang disumbangkan oleh Ketuanya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Saya mengetuai Parlimen Kota dan Kuala Langat dalam misi ini di seluruh Selangor dan juga di Pahang mengikut pasukan masing-masing.

“Bagi pihak Datuk Seri Tajuddin, kami ucap terima kasih sudi menerima kunjungan kami dan mudahan bantuan ini dapat beri manfaat kepada mangsa banjir,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzaman Johari (tengah) bersama Wakil UMNO Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir pada Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 01 JANUARI 2022.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis di sini hari ini.

Misi itu bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari telah pergi ke rumah mangsa banjir untuk memberi bantuan antaranya keperluan asas seperti periuk nasi, tilam, bantal dan makanan kering.

Nasaruddin menambah, pada 2017, kawasan Pasir Salak telah mengalami bencana banjir besar dan ketika ramai pihak dari Selangor dan seluruh negara datang memberi bantuan.

“Atas semangat Keluarga Malaysia ini, kami akan terus pelihara konsep ini untuk sejahteraan rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette