Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri), menyaksikan Pengurus PPV WTC, Dr Husni Zaeem Abd Hadi (kanan) memberikan suntikan vaksin yang ke 1,285,193 dan yang terakhir kepada Mohd Haidhar, 20 (tengah) pada Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 03 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6 peratus atau 2,756,306 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 40,729 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,745,456 dos dengan 6,329,155 daripadanya adalah dos penggalak.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast