Antara foto terbaik yang berlaku sepanjang tahun di dalam negara disatukan sebagai pilihan 'Best Photos of 2021'. Foto MALAYSIA GAZETTE, 01 JANUARI 2021.
Antara foto terbaik yang berlaku sepanjang tahun di dalam negara disatukan sebagai pilihan ‘Best Photos of 2021’. Foto MALAYSIA GAZETTE, 01 JANUARI 2021.
Kampung Paya Kechik Ulu, Temerloh terjejas akibat rumah ditenggelami air membuatkan beberapa ekor ayam terpaksa berdiri diatas atap berikutan banjir teruk yang melibatkan limpahan air Sungai Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.
Suasana di tapak pengurusan mayat bagi masyarakat India pada upacara pembakaran mayat COVID-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan kes positif harian COVID-19 mencatatkan kes tertinggi iaitu 20,579 kes baharu di pusat pembakaran Pertubuhan Perkuburan India Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 OGOS 2021.
Seorang warga asing yang cuba melarikan diri ditangkap oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.
Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.
Sekumpulan doktor kontrak berkumpul bagi menyahut seruan gerakan Hartal Doktor Kontrak susulan rasa tidak puas hati dengan cara pengendalian isu tersebut di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2021.
Robot yang berteknologi tinggi bergerak dengan cekap bagi menghantar makanan kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ara Damansara, Petaling Jaya. Foto FAREEZ FADZIL, 12 APRIL 2021.
Seorang bapa memeluk erat jenazah bayinya yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2021.
Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, mengunakan sebuah bot untuk mencari daun nipah tua sekitar Sungai Selangor di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.

 

Petugas kesihatan merawat bayi yang merupakan pesakit Covid-19 dengan pakaian perlindungan diri (PPE) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2021.
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.
Akibat lewat mendapat rawatan, Prevendran, 21 menghidap penyakit Penilketonurik atau dikenali Phenylketonuria (PKU) merupakan penyakit jarang jumpa mempunyai kecacatan mental dan intelektual yang kekal seumur hidup di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2021.
Ketua jurulatih, Bojan Hodak bersama pemain pasukan KL City FC menjulang piala selepas menewaskan pasukan JDT yang berkesudahan 2-0 pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 NOVEMBER 2021.

Penduduk meredah banjir dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik di putuskan berikutan banjir yang berlaku akibat hujan berpanjangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 DISEMBER 2021.
Jemaah Umrah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mekah, Arab Saudi. Foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2021.
Keadaan sebuah rumah yang musnah dilanda banjir dua hari lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa keluar mangsa-mangsa banjir menggunakan bot akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 DISEMBER 2021.