Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan kes harian Covid-19 sehingga jam 12 tengah malam tadi mencatatkan 2,882 kes.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menurun kepada angka 2,000 berbanding kes yang direkodkan semalam 3,386 kes.

“Angka kes yang direkodkan hari ini menunjukkan penurunan sehingga 504 kes berbanding semalam yang melepasi angka 3,000 kes,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,764,354 kes sejak wabak berkenaan melanda negara hampir dua tahun lalu.

Katanya, data setiap hari bagi laman COVIDNOW dikemaskini selepas tengah malam dan maklumat terperinci boleh layari https://covidnow.moh.gov.my. – MalaysiaGazette