Peta menunjukkan kawasan kebakaran beelukar di Colorado.

COLORADO – Tiga orang hilang dipercayai maut susulan kebakaran hutan yang dahsyat di Colorado.

Kebakaran belukar di beberapa bandar memusnahkan ratusan rumah dan puluhan penduduk terpaksa menyelamatkan diri.

Sebelum ini polis Colorado memaklumkan tiada mangsa yang maut dalam insiden tersebut tetapi jurucakap Boulder County berkata, berlaku kesilapan maklumat.

Polis daerah itu berkata, pihaknya akan menggunakan anjing pengesan untuk mencari mangsa-mangsa yang hilang.

Kebakaran hutan membakar 6,000 ekar di seluruh Boulder County dan memusnahkan sekurang-kurangnya 1,000 rumah dan premis perniagaan.

Ia bermula dalam keadaan kering yang luar biasa namun kebakaran semakin terkawal selepas salji turun.

Punca kebakaran hutan sedang disiasat.

Namun, perubahan iklim meningkatkan risiko cuaca panas dan kering yang berkemungkinan mencetuskan kebakaran hutan.

Pakar mengatakan kebakaran di barat Amerika Utara semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kini lebih daripada 10 inci (25 sentimeter) salji turun di kawasan Boulder dan situasi semasa menghalang usaha mencari mereka yang hilang. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast