KUALA LUMPUR – Kerajaan kini dalam fasa bersiap siaga untuk menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, satu mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 diadakan hari ini.
Ia dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Mesyuarat ini membincangkan pengurusan pasca banjir dan persediaan menghadapi gelombang kedua dan persediaan menghadapi gelombang kedua.
“Berikutan fenomena air pasang besar, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit,” katanya seperti yang dipetik di Twitternya hari ini.
Turut kelihatan dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Dalam pada itu, menerusi bebenang ciapan Twitternya, Abdul Latiff turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak.
“Mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya. -MalaysiaGazette