Madammu baru-baru ini turut muncul di pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (sfmm36).

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk dipasarkan, syarikat berasaskan kecantikan, Noir Health & Beauty Sdn. Bhd. buat kali pertama tampil sebagai penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36).

Ia seterusnya bakal membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke pelusuk negara dengan program Jelajah NOIR AJL36.

Syarikat yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu sejak tahun 2017 itu memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai jentera utama mengemudi siri jelajah itu.

Madammu yang baru-baru ini turut muncul di pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (sfmm36) amat teruja dengan kolaborasi strategik bersama program hiburan televisyen itu.

Katanya, siri jelajah itu dijangka bermula 24 Januari ini dan tamat pada 26 Februari depan dengan #gengcantiknoir bakal menemui orang ramai di Utara, Selatan, Pantai Timur hinggalah ke Lembah Klang.

“Ia juga merupakan misi mempromosi program usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

“Tak ketinggalan untuk mempromosi jenama produk ini dan bertemu Madammu secara dekat,” katanya.

Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu.

Pada acara sfmm36 itu, Khai Bahar dan Aina Abdul yang juga bolos sebagai finalis AJL 36 turut dinobat sebagai Penyanyi Pilihan NOIR.

Sementara itu, pada 31 Disember lalu, jenama berkenaan menganjurkan satu acara bagi menghargai ejen, stokis atau ahli menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Purple Bonanza.

Pertandingan dianjurkan sejak Februari hingga Ogos lalu yang menawarkan ganjaran hebat dengan sebuah Proton X50 kepada pemenang utama dan dua buah Proton Iriz serta 10 biji motosikal kepada ahli berprestasi tinggi yang menang dalam Cabutan Bertuah Purple Bonanza.

Walaupun dunia dilanda pandemik dan ramai yang terkesan, namun NOIR berjaya membuktikan bahawa jenama produk kecantikan tempatan ini kalis cabaran dan berjaya menghasilkan usahawan wanita yang mampu menjana pendapatan bulanan sehingga puluhan ribu ringgit.

NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Noir turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution.

“Layari www.jelajahnoirajl36.com untuk butiran lanjut siri jelajah ini.

“Ikuti juga perkembangan semasa di Facebook dan Instagram NOIR Health & Beauty,” katanya. – MalaysiaGazette

NOIR diasaskan oleh Eriyca Baiduri sejak tahun 2017.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast