Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM3 kepada RM3.03 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Januari ini.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM3 kepada RM3.03 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Januari ini.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan
harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast