KUALA LUMPUR – Laluan dari arah Cheras menghala ke Selayang telah dibuka untuk semua kenderaan tetapi beberapa laluan lain masih ditutup dan lencongan bagi tujuan kerja- kerja pembaikkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Penutupan dan lencongan itu susulan kejadian tanah mendap yang mengakibatkan jalan berlubang di Jalan Kinabalu menghala ke Cheras.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, bagi kenderaan dari arah Selayang menghala ke Cheras, laluan dilencongkan ke Bulatan Dato’ Onn terus ke Jalan Parlimen dan Jalan Sultan Iskandar untuk menghala ke Cheras.
Pengguna boleh menggunakan Jalan Raja melalui Bulatan Dato’ Onn terus ke Jalan Hishamuddin dan Jalan Kinabalu untuk menghala ke
Cheras.
Sementara bagi laluan di Bulatan Dato’ Onn kawalan dan lencongan jalan akan mengikut keadaan semasa lalu lintas.
Sarifudin menasihatkan pengguna jalan raya untuk mengikuti arahan-arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi. – MalaysiaGazette