KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berjaya mendaftarkan perniagaannya di Australia selepas berhijrah ke negara itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sajjad turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk bekerja dengannya.
“Alhamdullilah, tunggu pembukaan Nur Sajat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Team Sajat akan berkepak di Australia,” tulisnya.
Tambah Sajat lagi, jika ada yang berminat mereka perlu bersedia berhijrah ke negara Australia dan perniagaannya itu dijangka akan mula beroperasi pada April atau Mei nanti.
Bulan lalu, aset milik usahawan kosmetik di Kota Damansara dilelong susulan gagal membayar pampasan RM200,000 kepada bekas stokis, OWA Resources. – MalaysiaGazette