pengurangan penjarakan fizikal dalam saf solat jemaah serta aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pengurangan penjarakan fizikal dalam saf solat jemaah serta aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi dalam kenyataan media memberitahu, keputusan dilakukan bersama-sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Md Rofiki Samsudin dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad  hari ini.

Kenyataan yang menyatakan Johor  membenarkan penjarakan fizikal dalam saf solat jemaah serta aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat

Dalam kenyataan itu, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dibenarkan didirikan dengan pengurangan jarak fizikal daripada satu meter kepada setengah meter di antara para jemaah.

“Dalam pada itu solat hajat hendaklah dilaksanakan selepas waktu Maghrib setiap hari. Selepas waktu solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau seluruh negeri untuk memohon kesejahteraan negeri dan negara daripada musibah penyakit.

“Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan cearmah agama ditambah daripada satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam,” jelas kenyataan yang sama.

Jelasnya lagi, doa qunut Nazilah perlu dibaca dalam solat Jumaat pada setiap minggu.

Ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau juga diminta memastikan semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard terutama lengkap menerima suntikan dos vaksin, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan memastikan tidak bergejala.

Ketetapan  itu berkuatkuasa Jumaat sehingga ke satu tarikh baharu.- MalaysiaGazette