Lima rumah setinggan dikelilingi kawasan pusat kumpul barang lusoh hangus terbakar dalam kejadian 1 tengahari tadi di Tanjong Karang, Kuala Selangor.Gambar Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Lima buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Kejadian itu berlaku sekitar jam lebih 1 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah jam 1.25 tengah hari tadi dan tiba di lokasi pada jam 1.33 tengah hari.

Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sekinchan dan Sungai Besar dengan kekuatan 28 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Rizan Mat Zin turun ke lokasi.

“Lima rumah setinggan yang menjadikan kawasan sekitar rumah sebagai pusat pengumpulan barang lusoh terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setiap unit rumah setinggan yang terbakar berkeluasan 30×50 kaki  hangus 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.45 tengah hari dan kerja-kerja pemadaman bara-bara api di unit rumah setinggan itu sedang dijalankan.

“Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut,” ujar beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast