KUALA LUMPUR – Hasil inovasi kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya 7 pingat emas di 32 nd  International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2021).

ITEX 2021 merupakan anjuran C.I.S Network Sdn. Bhd. dengan kerjasama MINDS
telah berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib
Canselor UTeM, Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, UTeM mencapai
kemenangan secara total 100 peratus apabila semua produk inovasi yang menyertai
pertandingan ini merangkul pingat emas dan pencapaian ini membanggakan.

Katanya, UTeM menetapkan penyertaan adalah terdiri daripada kumpulan produk
inovasi yang memberikan impak kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras
dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and
Community.  

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan
keupayaan penyelidikan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional,” katanya
di sini.

Tujuh pingat emas yang dimenangi adalah menerusi produk PKAC Solid Stick
Lubricator for Self-lubricating Railway Wheel Flange, KAIZEN-New Hybrid Vacuum
Clamping System featuring Multiple Vacuum Block, Precision Agriculture
Recommender System (PARS), Intelligent Fire Alarm System (I-FAS), CoCoK, Direct
Heating Furnace (DHF) dan ComFUR.
  
PKAC Solid Stick Lubricator for Self-lubricating Railway Wheel Flange merupakan
projek Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) hasil daripada penyelidik Profesor
Madya Dr. Mohd Fadzli Abdollah selaku ketua projek.

Bagi KAIZEN-New Hybrid Vacuum Clamping System featuring Multiple Vacuum
Block pula merupakan projek Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal &
Pembuatan (FTKMP) bersama Pusat Pengkomersilan UTeM (UCC) hasil daripada
penyelidik Ts. Dr. Norfariza Ab Wahab sebagai ketua projek.

Sementara itu, Precision Agriculture Recommender System (PARS) merupakan
projek Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) hasil penyelidikan Profesor
Madya Gs. Dr. Asmala Ahmad selaku ketua projek.

Ir. Ts. Dr. Kassim pula merupakan ketua projek bagi Intelligent Fire Alarm Anuar
Mohamed System (I-FAS) dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

CoCoK, Direct Heating Furnace (DHF) dan ComFUR merupakan hasil penyelidik dari
FTKMP dan masing-masing diketuai oleh Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri
Yaakob, Profesor Madya Ir. Dr. Mohd Hadzley Abu Bakar dan Ts. Dr. Kamarul Amir
Mohamed.

Dr Ghazali mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik UTeM atas pencapaian
tersebut dan semoga dengan pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya
penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada
kebangsaan dan antarabangsa. – MalaysiaGazette