Sambutan Perayaan Thaipusam tidak lagi sama dengan sebelum penularan COVID-19 hampir dua tahun lalu.
Ketika ini, pelbagai persiapan dilakukan untuk menyambutnya 18 Januari depan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kuil Subramaniar Swamy di Batu Caves menjadi tumpuan penganut Hindu dari seluruh negara untuk bersembahyang, membayar nazar serta pelbagai ritual lain.