PUTRAJAYA – Desas desus yang menyatakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hanya spekulasi.
“Kalau ura-ura… ura-uralah,” jawabnya ringkas ketika ditanya soalan sama ada beliau akan menyertai PBM.
Sebelum ini, Zuraida dikatakan akan menyertai PBM.
Baru-baru ini, Larry Sng diumum menjadi Presiden parti baharu itu menerusi satu pemilihan parti berkenaan.
Timbalan Presiden pula adalah Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik Zuraida.
Larry dalam satu kenyataan tidak menolak kemungkinan PBM akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). -MalaysiaGazette