Dari kiri Abdul Jalil Osman, Mariana Abdullah dan Ale

KUALA LUMPUR – Para pengguna tertanya-tanya dengan kenaikan harga telur dalam pasaran kerana barang keperluan rakyat itu masih diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Di bawah skim tersebut, barang keperluan sepatutnya menjadi stabil serta bekalan mencukupi.

Skim itu pula masih berkuat kuasa sehingga 4 Februari ini.

Seorang suri rumah, Mariana Abdullah, 48, mengeluh kerana harga 10 biji telur kini lebih RM4.

Katanya, walaupun nilai itu mungkin kecil pada mata orang lain tetapi baginya ia sangat mahal kerana harga barang keperluan makanan lain juga sudah tidak murah.

“Saya adalah rakyat marhaen sebab itu kenaikan telur ini memberi impak besar pada saya. Bayangkan kalau 10 biji, bukan sepapan tau, harganya RM4, bagaimana saya mampu untuk beli sepapan.

“Ini baru harga telur, belum lagi barang-barang keperluan lain seperti sayur yang juga tidak murah,” rungutnya.

Sementara itu, warga emas, Abdul Jalil Osman, 66, juga tidak puas hati dengan harga telur sambil mendakwa telur mengalami kenaikan setiap hari.

Dia cukup pelik dengan kenaikan itu kerana sekarang bukan ada perayaan tertentu.

“Selalu orang rumah yang beli barang, sebab itu dia pun mengeluh harga telur naik mendadak. Saya hairan sebab tengok telur banyak je.

“Saya mohon kerajaan tengok-tengoklah kenapa kenaikan ini berlaku,” tambahnya.

Seorang lagi suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Ale,38 tahun berkata, ketidaktentuan harga telur ini membebankan rakyat khususnya bagi golongan kurang kemampuan seperti,

Katanya, harga sepapan telur di kedai runcit kini dah cecah RM13, memang mahallah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast