Anggota kecemasan berjalan di lokasi kejadian tikaman berhampiran pintu masuk ke Universiti Tokyo di ibu negara pada pagi Sabtu. | REUTERS

TOKYO – Dua orang pelajar yang mengambil peperiksaan bersepadu kemasukan universiti dan seorang lelaki diserang dengan objek tajam di Universiti Tokyo hari ini.

Susulan itu, seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan.

Ketiga-tiga mangsa, yang dikejarkan ke hospital selepas ditikam di belakang sekitar jam 8.30 pagi di kampus utama universiti di Wad Bunkyo di ibu negara.

Mereka dilaporkan dalam keadaan sedar dan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, kata polis.

Insiden itu berlaku ketika peperiksaan kemasukan universiti Jepun dijalankan selama dua hari bermula di seluruh negara.

Universiti Tokyo meneruskan peperiksaan hari pertama seperti yang dijadualkan.

Pusat Peperiksaan Kemasukan Universiti Kebangsaan berkata, kedua-dua mangsa adalah pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan.

Seorang lagi mangsa ialah seorang lelaki berusia 70-an. Lelaki itu bergegas ke kotak polis berhampiran untuk melaporkan serangan itu.

Suspek telah ditahan di tempat kejadian kerana cubaan membunuh. – (https://www.reuters.com/world/asia-pacific/japanese-students-injured-stabbing-during-entrance-exams-media-2022-01-15/)