covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 19 kes kematian akibat Covid-19 sehingga jam 11.59 malam tadi.

Dengan jumlah itu menjadikan kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia mencecah 31,781 orang.

Menurut perincian GitHub, enam kematian daripadanya diklafikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor antara negeri yang merekodkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Perak dan Sabah masing-masing tiga kes, Johor, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,785 kes aktif dilaporkan, termasuk 193 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan 90 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette