KUALA LUMPUR – Tindakan usahawan Mawar Karim memuat naik dua hantaran di InstaStory semalam berkaitan dengan anak perempuannya, Wan Maryam telah mengundang persoalan pengikutnya
Menerusi perkongsian tersebut, usahawan berusia 33 tahun itu seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama keluarga bekas suaminya, pelakon Fizo Omar di Legoland Malaysia, Johor tidak seindah seperti disangka.
Berdasarkan sekeping foto dikongsi, kelihatan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya yang berusia empat tahun itu berdiri di salah satu sudut secara berseorangan.
“MasyaAllah Maryam. No words, no thoughts, no fears. No daughter and mother ever live apart, no matter what the distance between them,” tulis Mawar yang turut meletakkan tanda pagar #IndahKhabarDariRupa.
Malah, Mawar juga ada menulis ‘Social Media VS Reality/Real Life’ seolah-olah membandingkan kehidupan yang ditunjukkan di dalam media sosial dan realiti adalah berbeza.