Sebahagian penyokong yang menunjukkan plakad pada demo 'Hentikan Penganiyaan Terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak' di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 23 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) akan menyerahkan referendum rasmi kepada Istana Negara esok, memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz disiasat segera atas dakwaan salah laku.

Presidennya Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, laporan berita semalam memaklumkan Zeti bakal disiasat Suruhanjaya  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa bekas Datuk Seri Najib Razak dianiaya.

“Pintu istana esok dibuka pada jam 3 petang untuk saya serahkan referendum  beserta gambar-gambar orang yang hadir hari ini untuk Yang di-Pertuan Agong menilai bahawa Datuk Seri Najib memang dianiaya.

“Saya yakin kalau Tan Sri Zeti dihadapkan di mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pun tidak mahu teruskan kes ini sebab mereka tahu kes ini tidak boleh pergi jauh,” katanya ketika sidang media.

Syed Muhammad Imran menunjukkan memorandum pada sidang media selepas selesai mengadakan demo Hentikan Penganiayaan Terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 23 JANUARI 2022.

Terdahulu, Syed Muhammad Imran menganjurkan Himpunan Hentikan Penganiyaan Terhadap Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam himpunan itu, beliau menyeru agar para hadirin menandatangani referendum yang bakal dibawanya esok ke Istana Negara sebagai bukti sokongan terhadap Najib.

Ujar Syed Muhammad Imran, beliau mahu menggunakan platform ini untuk memastikan bekas perdana menteri itu mendapatkan pembelaan yang seadilnya.

Semalam media melaporkan, siasatan ke atas suami Zeti iaitu Datuk Dr. Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dipercayai telah dilengkapkan dengan cadangan pertuduhan dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Sebahagian penyokong yang menunjukkan plakad pada demo ‘Hentikan Penganiyaan Terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak’ di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 23 JANUARI 2022.

Difahamkan, siasatan itu dimulakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menumpukan berhubung penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009.

Satu siasatan lain juga dikatakan akan turut dijalankan oleh SPRM berhubung dakwaan salah laku membabitkan bekas Gabenor Bank Negara itu.

Sementara itu, Syed Muhammad Imran berpendirian bahawa Najib masih relevan untuk kembali menjadi perdana menteri namun beliau perlu membuktikan dirinya menjadi mangsa aniaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Takada sape aniaya Najib. Najib yang aniaya rakyat Malaysia 42 biliion ringgit…hahaha
    Oooh skg ni semua tak nak SPRM.Nak suruh tutuo SPRM ke? supaya Cina mcm Jho Lo
    bebas mencuri?

Comments are closed.