Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki merupakan saksi penting terhadap kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan  disebabkan itu beliau didesak melepaskan jawatannya ekoran dituduh salah laku yang membabitkan kes akaun dagangan saham.

Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, Azam adalah individu di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memegang fail kes rasuah Guan Eng yang digugurkan semasa kerajaan dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM  itu perlu dikekalkan dalam jawatannya.

“Ada yang pelik kenapa NGO saya pada hari ini menyokong Tan Sri Azam Baki. Saya menyokong beliau dikekalkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM disebabkan hanya Tan Sri  memegang fail kes Lim Guan Eng yang telah digugurkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

”Bagi saya jelas apa yang dibuat Pakatan Harapan dendam semata-mata, kes DAP dibuang dengan mudah tapi ketika itu

“Disebabkan Tan Sri Azam Baki saksi penting kes Lim Guan Eng, mereka membuat keputusan mencari kesalahan Azam yang kita tidak tahu dari mana datangnya sehingga mereka melakukan perhimpunan untuk jatuhkan Azam,” katanya dalam sidang media  selepas Himpunan Hentikan Penganiyaan Terhadap Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Syed Muhammad Imran bercakap pada sidang media selepas selesai mengadakan demo Hentikan Penganiayaan Terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 23 JANUARI 2022.

Beliau mendakwa, kedudukan Azam yang menerajui SPRM sekarang menyebabkan beliau dituduh dengan perbuatan salah laku membabitkan akaun dagangan saham oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau merayu agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengekalkan jawatan Azam di SPRM.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan  Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, dalam keputusannya, bersetuju dengan peguam bela bahawa tuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja ke atas kedua-dua tertuduh.

Keputusan mahkamah itu amat mengejutkan SPRM

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM,” menurut kenyataan SPRM selepas keputusan mahkamah. – MalaysiaGazette