KUALA LUMPUR – Kedua-dua laluan utama Pekan Rawang menghala ke Selayang dilanda banjir kilat selepas hujan tidak berhenti sejak petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang berkata, sebuah kereta terperangkap di kawasan berkenaan kerana menghadapi masalah enjin.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kenderaan berkenaan berjaya dialihkan ke tempat selamat.

Bagaimanapun, katanya, air sungai masih belum melimpah walaupun semakin bertambah kerana kini hujan masih renyai.

Dalam masa yang sama JBPM memantau tiga lagi kawasan banjir di Rawang iaitu Kampung Batu 16, Taman Bersatu dan Taman Tun Teja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast